Peraturan, garis panduan, memorandum/perjanjian persefahaman
Kompetensi juruaudit merupakan keperluan penting dalam pelaksanaan
pensijilan halal Malaysia. Bagi memenuhi keperluan tersebut, bermula
tahun 2019, JAKIM BPH telah mewujudkan prosedur bagi memastikan
setiap juruaudit melalui beberapa fasa latihan untuk disahkan sebagai
juruaudit kompeten (Rujuk Dokumen Kualiti BPH-JAKIM/QP07; Prosedur
Pengesahan Juruaudit Kompeten) mengikut keperluan ISO/IEC 17065;
kompetensi pegawai.
Rentetan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Kompetensi Juruaudit
Halal BPH Bilangan 3/2023, telah memutuskan untuk mewujudkan satu
garis panduan yang lebih komprehensif sebagai rujukan kepada semua
juruaudit halal Malaysia termasuk di MAIN/JAIN untuk membangunkan
tahap kompetensi dan pengiktirafan kepada juruaudit seperti dilaksanakan
di JAKIM.